fbpx

89,882 saman JPJ tertunggak di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Sebanyak 89,882 saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tertunggak melibatkan pengguna jalan raya di negeri ini sejak 10 tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 58,754 saman yang boleh dikompaun manakala 31,128 saman lagi perlu hadir ke mahkamah bagi tahun 2010 hingga Ogos lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, saman itu melibatkan tujuh kesalahan utama iaitu tidak memakai tali pinggang keledar, topi keledar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan memotong dua barisan berkembar.

“Selain itu, saman tersebut juga melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan dan cermin gelap.

“Kesalahan lalu lintas yang lain pula termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, teknikal dan lain-lain kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, JPJ menawarkan diskaun saman yang diperkenalkan bermula 1 Ogos berakhir 30 September ini.

Tambahnya, setakat ini, JPJ negeri berjaya mengutip hasil saman berjumlah RM 588,744 bermula 1 Ogos hingga 16 September. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI