fbpx

PGA patahkan sindiket pasaran diesel tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA peralatan mengepam minyak yang digunakan dipercayai untuk membekal kepada pelanggan tanpa permit tang dirampas PGA Simpang Renggam

BATU PAHAT- Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 berjaya merampas 55,200 liter minyak diesel subsidi dalam serbuan di sebuah premis di Taman Beroleh, di sini, Rabu lalu.

Serbuan pada pukul 11.30 malam itu turut menemukan sembilan buah mesin berfungsi sebagai pam minyak dan 11 hos getah lutsinar bagi tujuan membekalkan diesel secara haram.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 tahun hingga 54 tahun.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai membekalkan minyak diesel bersubsidi tanpa permit yang sah di sekitar daerah Batu Pahat.

“Nilai rampasan kesemua diesel adalah berjumlah RM118,250. Selain itu, polis turut merampas lori tanker jenis Volvo, dua buah tangki putih bersaiz 1,000 liter dan empat buah tangki besi bersaiz 16,000 liter hingga 20,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keseluruhan rampasan adalah bernilai RM505,308.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI