fbpx

EB Frozen dekati pelanggan, beri tawaran menarik sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung bertuah bergambar bersama wakil EB termasuk hadiah yang dimenangi olehnya menerusi pertandingan ‘Lucky Spin’ di sini hari ini.

SELAYANG – Jenama makanan sejuk beku ternama, EB Frozen Food Sdn. Bhd, (EB) terus komited melaksanakan kempen jelajah ‘Ini Barulah Raya’ sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Eksekutif Kanan Pemasaran EB, Noor Azlin Badrim berkata, di samping memperkenalkan produk baharu, EB juga menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran menarik.

“Jelajah kali ini masih berbaki tiga hari. Hari ini kita akan pergi ke tiga lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang bermula pukul 10.30 pagi sehingga petang nanti.

“Selain itu, EB juga mengadakan pelbagai pertandingan antaranya ‘Flip and Match’ , Lucky Spin, Spend and Win yang menawarkan pelbagai hadiah menarik,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah berupa produk makanan EB, barangan termasuk wang tunai dalam bentuk e-Wallet bernilai sehingga RM1,088.

Sementara itu, Noor Azlin berkata, kempen yang bermula pada 1 April lalu itu juga akan bergerak ke enam lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang sehingga Ahad ini.

“Kita akan pergi ke tiga lokasi lagi pada Sabtu iaitu Pasar Mini Fresh Konchi dan Suncity Fresh Food di Klang termasuk Yong Soon Fatt di Jalan Klang Lama.

“Pada Ahad pula, jelajah akan diteruskan di sebelah selatan melibatkan Hock Mei dan CS Grocer di Kajang serta Ding Dang Holdings di Cheras,” ujarnya.

Jelas Noor Azlin, EB sentiasa mengadakan pelbagai inisiatif untuk mendekati pengguna selain terus berusaha mengeluarkan produk yang baik yang sesuai untuk semua golongan dengan mengekalkan ciri mudah dan ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI