PETALING JAYA – Cuaca cerah, panas dan tiada hujan dilaporkan bagi kebanyakan kawasan di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, bagaimanapun, hujan di satu dua tempat kini hanya tertumpu di Gua Musang Kelantan dan dijangka berasur reda tidak lama lagi.
Bagi di sebelah Sabah dan Sarawak, hujan dan ribut petir dilihat tertumpu di bahagian kawasan perairan bagi kedua-dua negeri terbabit.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk minum air secukupnya dan elakkan pembakaran terbuka. – KOSMO! ONLINE