fbpx

Piala Thomas: Malaysia terkandas di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Zii Jia berjaya menyumbangkan mata pertama buat negara selepas menewaskan Lakshya Sen. - Foto ihsan BAM

PETALING JAYA – Cabaran skuad badminton negara berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas mengejut 2-3 kepada India pada perlawanan Piala Thomas 2022 yang berlangsung di Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Skuad negara bermula dengan langkah kanan selepas jaguh perseorangan negara, Lee Zii memberikan mata pertama menewaskan pemain India, Lakshya Sen 23-21 dan 21-9 dalam tempoh 46 minit.

Hasrat skuad negara untuk meraih mata kedua menerusi gandingan beregu pertama, Goh Sze Fei- Nur Izuddin suku akhir tidak kesampaian apabila kecundang 19-21 dan 15-21 dalam tempoh 41 minit kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Pemain muda, Ng Tze Yong yang turun selaku perseorangan kedua nyata bukan tandingan buat Kidami Srikanth apabila dia mudah ditewaskan lawan dengan keputusan 11-21 dan 17-21 dalam tempoh 41 minit.

Beregu kedua negara, Aaron Chia-Teo Ee Yi memastikan perjuangan Malaysia diteruskan setelah menewaskan Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala dengan keputusan 21-19, 21-17 untuk kedudukan 2-2.

India akhirnya mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir menerusi kemenangan perseorang ketiga mereka, Prannoy H.S yang menewaskan Leong Jun Hao dengan keputusan straight set 21-13, 21-8.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara menang Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI