fbpx

Janda Baik mungkin dilanda banjir lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janda Baik mungkin dilanda banjir dalam tempoh monsun barat daya yang bermula esok.

BENTONG – Pengusaha chalet dan penduduk kampung di sekitar Janda Baik berkemungkinan besar akan menempuh detik cemas sekali lagi apabila kawasan itu diramal dilanda banjir kilat buat kali ketiga ketika musim monsun barat daya yang bermula esok.

Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang, Khairul Najib Ibrahim berkata, hujan lebat yang berlaku kelmarin berlaku ketika dalam tempoh peralihan monsun.

Katanya, pihak meteorologi telah mengeluarkan amaran awal mengenai kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Bentong.

“Stesen automatik di Sertik dekat Karak mencatat bacaan 22 milimeter (mm) semalam (kelmarin).

“Semakan gema (imej) radar menunjukkan hujan memang lebat dengan kadar keamatan tinggi hampir 50 mm sejam,” katanya di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan sebanyak 140 buah rumah melibatkan hampir 1,000 penduduk di empat buah kampung di sekitar Janda Baik di sini terjejas te­ruk selepas ditenggelami banjir.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu membabitkan semua kampung di situ termasuk Kampung Janda Baik, Kampung Che­ringin, Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperuh dengan air sungai melimpah ke kawasan darat.

Paling terjejas adalah pengusaha resort dan chalet di sepanjang sungai di kawasan itu.

Dalam pada itu Khairul Najib berkata, musim monsun barat daya yang bermula esok kebia­saannya menyebabkan keadaan lebih kering dan cuaca panas.

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh berkenaan hujan lebat masih boleh berlaku di kawasan tertentu berdasarkan kepada variasi sesuatu kawasan.

“Bukan tidak ada hujan tetapi ada hari-hari dapat hujan, malah pernah berlaku kejadian banjir (semasa musim monsun barat daya),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI