PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Ipoh tengah malam tadi.
Ucapan tersebut dibuat Perdana Menteri menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.
“Sedih menerima berita memilukan tentang pemergian lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak.
“Pelajar-pelajar itu terkorban dalam nahas di Kilometer 246 Lebuh Raya PLUS arah utara di Ipoh tengah malam tadi,” katanya.
Ismail Sabri turut berharap agar keluarga kesemua mangsa tabah mengharungi dugaan tersebut.
“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan berharap agar tabah harungi dugaan ini.
“Didoakan jua agar roh mangsa dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya. – KOSMO! ONLINE