fbpx

De Bruyne dalam kelas tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE (dua dari kiri) muncul pemain ketiga di EPL yang berjaya mencatat hatrik terpantas ketika menewaskan Wolvers 5-1 awal pagi semalam. – AFP

WOLVERHAMPTON – ‘Jeneral’ padang Manchester City, Kevin De Bruyne nyata berada pada kelas tersendiri apabila meledak empat gol ketika membantu pasukan itu membelasah Wolverhampton Wanderers 5-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Selain empat gol yang dihasilkan itu, De Bruyne berjaya mele­takkan namanya menjadi pemain ketiga terpantas di EPL yang meledak hatrik apabila menghasilkan tiga gol berkenaan dalam tempoh hanya 24 minit.

Kemenangan itu menyaksikan City berjaya melebarkan kedudukan untuk terus mencengkam takhta liga dengan kelebihan tiga mata berbanding pencabar utama Liverpool berbaki dua lagi perlawanan musim ini.

Biarpun gembira dengan kejayaan tersebut, Pengurus City, Pep Guardiola enggan para pemainnya terlalu bergembira dan menggesa mereka memberikan fokus pada dua aksi terakhir dan enggan melihat mereka gagal pada saat akhir untuk merangkul kejuaraan.

Bagaimanapun, kejayaan De Bruyne meledak empat gol tersebut masih membuatkan Guardio­la kagum dengan persembahan diberikan pemainnya itu.

“Dia sukar disekat, bijak, menakjubkan dan sempurna. Dia memiliki kemampuan untuk mencipta sesuatu yang sensasi.

“Kami selalu mengharapkan sesuatu yang hebat daripada­nya. Dia seorang pemain yang menakjubkan, sangat baik ketika melakukan umpanan gol dan mampu juga melakukan jaringan.

“Saya fikir ini adalah musim terbaik De Bruyne sejak dia berada di sini,” jelasnya.

Dalam aksi tersebut, De Bruyne meraikan jaringan gol seperti yang dilakukan oleh penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland yang hampir pasti menyertai mereka di Etihad musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI