fbpx

Kanak-kanak terkaya di Afrika terima Lamborghini sebagai hadiah hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOMPHA Junior menyambut hari lahirnya dengan menerima hadiah kereta super baharu pada bulan lepas. - Instagram

ABUJA, Nigeria – Kanak-kanak terkaya di Nigeria, Muhammad Awal Mustapha menyambut hari lahirnya yang ke-10 dengan menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah jenama Lamborghini Aventador yang berharga lebih £300,000 (RM1.6 juta), lapor akhbar Daily Star semalam.

Muhammad Awal yang lebih dikenali sebagai Mompha Junior pada akaun Instagram miliknya menyambut ulang tahun kelahirannya pada bulan lalu.

Budak lelaki itu bagaimanapun baru memuat naik gambar hadiah kereta Lamborghini yang diberikan oleh bapanya semalam.

Bapanya, Ismailia Mustapha atau lebih dikenali sebagai Mompha Senior turut berkongsi gambar anak lelakinya di Instagram. Muhammad Awal dilihat memakai tali kasut berwarna kuning untuk dipadankan dengan warna kereta tersebut.

“Memiliki anak lelaki seperti kamu menjadi penyebab untuk saya terus hidup. Senyuman kamu juga pembawa kebahagiaan. Kami sayang kamu. Selamat hari lahir. Muhammad Awal sudah 10 tahun,’’ demikian menurut kapsyen pada gambar yang dimuat naik.

Ismailia menjadi jutawan selepas menjadi Ketua Eksekutif syarikat Mompha Bureau De Change di Lagos.

Jutawan itu mendapat jumlah pengikut yang ramai di akaun media sosialnya sejak berkongsi gambar sebuah kereta Rolls Royce pada Februari 2018. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI