fbpx

ST akan keluarkan garis panduan stesen pengecas EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razib bercakap pada Majlis sesi libat urus bersama Jurutera Pelawat di Zenith Hotel, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengeluarkan garis panduan bagi pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam masa terdekat bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Razib Dawood berkata, garis panduan itu penting bagi mengelakkan isu kebakaran kereta ketika mengecas.

Beliau berkata, pihaknya tidak terlibat dalam pemasangan stesen pengecas itu kerana ia akan disediakan syarikat swasta dan pengeluar kenderaan.

“Kita akan memastikan stesen pengecas itu mematuhi standard pematuhan elektrik yang kami tetapkan.

“Garis panduan itu kelak akan digunapakai samada di premis komersial, pusat beli belah dan juga kediaman,” katanya ketika ditemui pada Program Libat Urus ST Bersama Jurutera Pelawat di sini hari ini.

Katanya, garis panduan ini adalah sebahagian usaha ST untuk menyokong ekosistem kenderaan elektrik di negara ini yang kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna.

Sebelum ini, kerajaan menyasarkan lebih banyak stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) diwujudkan berikutan terdapat syarikat tempatan mampu menyediakan perkhidmatan membina kemudahan itu dengan kos lebih murah.

Kerajaan sebelum ini menetapkan sasaran hampir 5,000 stesen pengecas EV dibina menerusi Dasar Automatif Nasional 2020, namun ia masih dalam peringkat pembangunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI