fbpx

Trend sambung belajar ke Barat perlu diubah – AQAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Shatar Sabran

PUTRAJAYA – Negara ahli ASEAN Quality Assurance Network (AQAN) perlu agresif mempromosikan pengajian tinggi negara masing-masing bagi menarik minat lebih ramai pelajar antarabangsa menyambung pengajian ke rantau ini.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, sudah tiba masanya trend ibu bapa menghantar anak untuk belajar di negara Barat bertukar ke Asia terutama di Asia Tenggara.

Katanya, bagi membolehkan hasrat itu dicapai, AQAN telah merangka Pelan Strategik 2020-2025 yang berteraskan lima tema iaitu antaranya Rangka Kerja Jaminan Kualiti ASEAN (AQAF), pembangunan kapasiti, matlamat dan hala tuju yang dinamik serta promosi berterusan.

“Dua perkara utama perlu diberi penekanan iaitu matlamat menyeluruh dan promosi yang menuntut kerjasama erat dalam kalangan negara ahli AQAN.

“Untuk masa depan, Rangkaian Pegawai Jaminan Kualiti Muda ASEAN (AYQON) yang bernaung di bawah AQAN akan menjadi pelapis kepada untuk memastikan kualiti pendidikan tinggi kita berada setaraf dengan negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Webinar AYQON 2022: Amalan jaminan kualiti semasa pandemik Covid-19: Cabaran, penyesuaian dan langkah ke hadapan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI