fbpx

Diupah RM1,000 jadi tali barut seludup 32 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang dicekup dalam sebuah lori pagi tadi.

KLANG – Gara-gara diupah RM1,000, seorang pemandu lori sanggup menjadi tali barut bagi menyeludup 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menggunakan lorinya, hari ini.

Kegiatan tidak bermoral lelaki berusia 30an itu terbongkar apabila ditahan menerusi rondaan cegah jenayah Balai Polis Kapar kira-kira pukul 6 pagi tadi di Batu 13 1/2 Kapar.

Kesemua PATI termasuk 13 daripadanya wanita yang ditahan pula adalah berusia 20 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika ditahan didapati kesemua PATI itu berada di belakang lori dengan ditutupi kain kanvas.

Katanya, mereka dalam perjalanan untuk dihantar sekitar daerah ini daripada kawasan pentadbiran Klang Utara.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan diri dengan dua daripadanya adalah pasangan suami isteri.

“Siasatan awal mendapati migran berkenaan telah masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot pancung” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati ini adalah kali kedua transporter berusia 30an itu melakukan kerja-kerja penyeludupan.

Jelas Vijaya, suspek dikatakan akan diberikan upah sebanyak RM1,000 selepas berjaya melakukan penghantaran tersebut.

“Kesemua migran kini ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala lelaki tempatan itu akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Migran ( ATIPSOM ) 2007,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI