PETALING JAYA – Malaysia mendapat pengiktirafan apabila diberikan hak penganjuran untuk menganjurkan Sukan SEA 2027.
Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) memutuskan perkara itu dalam satu mesyuarat ahli majlis yang berlangsung di Hanoi, Vietnam sebentar tadi.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah sewaktu menganjurkan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang menyaksikan kontinjen negara muncul juara keseluruhan dengan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa. – KOSMO! ONLINE