fbpx

Hukuman mandul, bunuh untuk perogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Perogol kanak-kanak bawah umur boleh dihukum mati

ABUJA – Gabenor ­Negeri ­Kaduna di Nigeria sudah ­menandatangani satu ­undang-undang ­baharu yang bakal menyaksikan ­golongan ­lelaki yang didapati bersalah atas tuduhan merogol akan ­dimandulkan menerusi pembedahan, menurut laporan portal berita Daily Mail kelmarin.

Mana-mana individu yang ­didapati bersalah merogol ­kanak-kanak bawah umur 14 ­tahun akan berdepan hukuman mati mengikut undang-undang baharu itu.

Undang-undang tersebut adalah perkembangan ­terkini susulan kemarahan orang ramai ­terhadap ­peningkatan kes ­jenayah rogol semasa ­negara berdepan Covid-19, ­mendorong beberapa gabenor negeri ­mengisytiharkan keadaan itu ­sebagai darurat di Nigeria.

Gabenor Kaduna, ­Nasir ­Ahmad el-Rufai ­berkata, ­hukuman ­tegas itu ­bertujuan melindungi ­kanak-kanak ­daripada jenayah serius.

Laporan kes rogol di Nigeria naik mendadak semasa kawalan pandemik Covid-19 selama ­beberapa bulan lalu.

Kumpulan wanita mendesak hukuman lebih berat ke atas perogol, termasuk hukuman mati.

Undang-undang baharu di Kaduna itu adalah yang paling tegas terhadap jenayah rogol di Nigeria, salah satu negara Afrika yang mempunyai ramai penduduk.

Berdasarkan undang-undang baharu, seseorang yang didapati bersalah merogol gadis berumur 14 tahun ke atas akan dipenjara seumur hidup.

Undang-undang sebelum ini cuma mengenakan hukuman penjara sehingga 21 tahun bagi kesalahan merogol individu ­dewasa dan penjara seumur hidup jika merogol kanak-kanak.

Bagi mana-mana pesalah ­wanita yang didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur 14 ­tahun, tiub ­Fallopion mereka akan dibuang.– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI