fbpx

Penunggang motosikal maut nahas 13 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah treler melanggar 12 kenderaan di Jalan Batu Kawan di Simpang Ampat, Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal terkorban dalam nahas jalan raya membabitkan 13 buah kenderaan di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal Y110, Tang Hai Kok, 46, maut di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai akibat sebuah treler yang mengalami kegagalan brek dan melanggar 12 kenderaan lain dalam kedudukan sebaris.

“Polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan, manakala tiada liputan televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan.

“Pemandu treler iaitu lelaki berusia 28 tahun telah ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati dia negatif daripada dadah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Chong Chern, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini bagi urusan bedah siasat.

“Manakala, kebanyakan mangsa lain tidak cedera selain seorang penunggang wanita berusia 64 tahun cedera pada kaki dan bahu kiri, cuma kenderaan masing-masing mengalami kerosakan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI