fbpx

Jangan terperdaya panggilan menyamar pegawai SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai berwaspada dengan panggilan yang menyamar sebagai pegawai suruhanjaya berkenaan.

SKMM menerusi satu kenyataan berkata, ini berikutan satu kes yang melibatkan seorang individu mengadu dirinya telah menerima pautan-pautan judi dan lucah dari seorang penyamar, yang mengaku sebagai pegawai SKMM.

“Adalah dimaklumkan individu yang dimaksudkan iaitu Mohd Azim Abdul Aziz adalah bukan kakitangan SKMM dan tidak pernah berkhidmat dengan pihak Suruhanjaya,” katanya hari ini.

Tambah SKMM, panggilan palsu tersebut telah dibuat ke serata telefon di seluruh kawasan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian dari pihak yang tidak dikenali dan menyeru untuk segera tampil melaporkan kepada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI