fbpx

Rumah penuh sampah, jadi sarang pembiakan nyamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa memeriksa rumah yang dipenuhi sampah di Jalan Awan Kecil, Taman Yarl, Kuala Lumpur semalam.

PUTRAJAYA – Bukan sahaja mengganggu ketenteraman jiran malah, sebuah rumah teres setingkat di Jalan Awan Kecil, Taman Yarl, Kuala Lumpur itu turut menjadi sarang pembiakan nyamuk.

Apa tidaknya, rumah didiami sepasang suami isteri itu dipenuhi dengan pelbagai sisa kitar semula dan sampah sarap yang dikumpulkan pasangan itu sejak setahun lalu.

Perkara itu didedahkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan selepas melakukan operasi penguatkuasaan ke atas kediaman itu semalam.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, lima anggota penguatkuasa dikerahkan ke kediaman berkenaan semalam selepas menerima aduan.

Beliau berkata, serbuan sama turut disertai pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Seputih dan Alam Flora Sdn. Bhd.

“Siasatan awal mendapati, aktiviti pengumpulan sisa di kediaman itu sudah berlaku agak lama namun, ia agak teruk dan membimbangkan akhir-akhir ini.

“Lebih membimbangkan, kawasan itu telah dilaporkan sebagai zon wabak denggi tidak terkawal oleh Jabatan Kesihatan DBKL Cawangan Seputih,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ummi Kalthum, antara punca berlakunya wabak denggi adalah disebabkan ada pihak yang melakukan aktiviti pengumpulan sisa di kawasan premis persendirian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI