fbpx

Anggota polis bebas tuduhan miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh tengah bersama peguam P.Taneswaran (kanan) dan Inderpal Singh (kiri) di Mahkamah Majistret Maran di sini.

MARAN – Seorang anggota polis dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Marandi sini atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine dua tahun lalu.

Majistret Nur Syafiqah Noorinda membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Ibnisan Ibrahim diakhir kes pendakwaan.

Sebelum ini mahkamah telah mendengar lima saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan sejak tertuduh didakwa kali pertama pada 5 Ogos 2020.

Menurut kertas pertuduhan tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 17.9 gram ketika pemeriksaan jalan raya di Felda Jengka 19 pukul 1 pagi pada 5 Jun 2020.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta boleh dikenakan sebatan tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Izzani Isa manakala tertuduh diwakili peguam P. Taneswaran dan Inderpal Singh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI