SEREMBAN – Pasukan Johor DT (JDT) berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) malam ini.
Skuad kendalian, Mora Mendivil Benjamin, berjaya menghasilkan gol melalui sepakan Fernando Martin Forestieri pada 10 minit masa tambahan.
Percaturn separuh masa pertama pengendali NSFC, K. Devan termasuk mengeluarkan pemain pertahanan, Mohamad Hariz Kamarudin dan digantikan dengan Evanonye Kossi Adetu pada minit ke-27 pada mulanya berjaya pihak lawan menghasilkan gol.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing sengit dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.
Tambahan masa tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Seramai 22,224 penonton hadir menonton perlawanan itu. -KOSMO! ONLINE