fbpx

Filipina bimbang kehadiran pemain NBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOLDEN (kiri) merupakan tonggak baharu skuad bola keranjang lelaki Indonesia yang memburu kilauan pingat emas pada Sukan SEA Vietnam 2021. – CLEVELAND

HANOI – Ketua jurulatih skuad bola keranjang lelaki Filipina, Chot Reyes menjangkakan tentangan sengit daripada beberapa negara terutama Indonesia dalam perebutan pi­ngat emas Sukan SEA Vietnam 2021.

Skuad Gilas Pilipinas itu mula merasai bahang tekanan selepas mendapat tahu Indonesia menyenaraikan beberapa pemain yang beraksi dalam sai­ngan Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat (NBA).

Antaranya ialah pemain te­ngah Salt Lake City Stars, Marques Bolden yang beraksi dalam saingan NBA G League dan pemain NBA Global Academy, Derrick Michael Xzavierro.

Kehadiran dua pemain berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu dilihat boleh meranapkan impian Filipina untuk mempertahankan pingat emas acara 5×5 buat kali ke-14 berturut-turut.

“Kami memandang serius kejohanan ini memandangkan Indonesia memiliki bekas pemain NBA yang mempunyai ketinggian 2.1 meter dan berperanan sebagai shot blocker,” kata Reyes.

Dalam masa sama, Indonesia turut membawa seorang lagi pemain naturalisasi dari AS, Jamarr Andre Johnson yang pernah mewakili Bay Area Schuc­kers di Liga Bola Keranjang Profesional Amerika Syarikat.

Selain itu, Vietnam juga diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain berdarah campuran Vietnam-Amerika Syarikat selain Thailand yang sentiasa menjadi pencabar terkuat Filipina di rantau Asia Tenggara.

Acara 3×3 bola keranjang akan membuka tirainya di Dewan Sukan Thanh Tri, Hanoi esok, manakala kategori 5×5 pula dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 22 Mei ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI