PETALING JAYA – Hujan lebat sejak pukul 2 pagi tadi menyebabkan jalan Janda Baik menghala ke Genting Sempah, Bentong dinaiki air.
Menerusi video yang dikongsi Khabar Bentong di laman Facebook, laluan berkenaan terhalang untuk kegunaan kenderaan disebabkan lumpur selain dipenuhi batu bersaiz besar di atas jalan.
Pengguna jalan raya diarah supaya tidak menggunakan laluan yang terjejas atas faktor keselamatan.
Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu, hujan lebat di daerah Bentong bermula sejak awal pagi tadi menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat.
“Disebabkan hujan lebat terdapat beberapa jalan yang dipenuhi lumpur dan batu. Ada beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke Genting Sempah.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengelak jalan yang terhalang dan mencari laluan yang lebih selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@kosmoonline Janda Baik tenggelam selepas hujan lebat dua jam. #beritatiktok #trendingNewsMalaysia #jandabaik ♬ original sound – Kosmo!