fbpx

Kejutan motosikal sempena ulang tahun bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima beradik menghadiahkan motosikal tersebut kepada bapanya

PETALING JAYA – Bapa merupakan individu penting dalam sebuah institusi keluarga dan penghargaan seharusnya diberikan kepada insan istimewa ini.

Terbaharu, lima beradik membuat kejutan istimewa apabila menghadiahkan motosikal baharu buat bapa mereka.

Menerusi rakaman video yang dikongsi pengguna TikTok, Ilya Faisal memberitahu, kenderaan tersebut dibeli sempena ulang tahun kelahiran bapanya baru-baru ini.

Lima beradik itu sepakat menghadiahkan motosikal tersebut bagi membalas jasa dan pengorbanan bapa mereka buat keluarga selama ini.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terharu dengan kejutan tersebut.

“Apabila tengok video orang lain ada ibu bapa, memang teringat pada arwah abah dan emak. Rindu sangat kepada mereka,” tulis Aieda Zue.

“Alhamdulilah, tersentuh hati tengok video ini sebab saya sudah tiada ibu bapa. Kalau (mereka) ada teringin buat kejutan sama,” komen @Asmi Asri Pilus.

“Mengalir air mata rindu arwah ayah, tidak sempat nak balas jasanya,” ujar @dk_are. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI