fbpx

Exco Pulau Pinang serah nama lima doktor pembuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLELA ARIFFIN

GEORGE TOWN – Nama lima doktor yang didakwa sebagai ‘pembuli’ di Hospital Pulau Pinang (HPP) telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, lima doktor berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kes seorang doktor pelatih HPP yang maut akibat terjatuh dari sebuah apartmen di Jalan Datuk Keramat baru-baru ini.

“Saya telah menghantar nama lima doktor yang didakwa sebagai pembuli di HPP untuk diperiksa oleh menteri dan YB (Yang Berhormat) Khairy Jamaluddin telah menjawabnya.

“Nama yang dikemukakan ini bukan berkaitan dengan kes kematian doktor pelatih kerana kes ini masih dalam siasatan polis,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang doktor pelatih HPP dilaporkan maut selepas terjatuh dari aras 23 sebuah apartmen disewanya di Jalan Dato Keramat di sini, 17 April lalu.

Susulan kes berkenaan, KKM menubuhkan ‘taskforce’ bebas bagi menyiasat kes kematian doktor pelatih itu dan pasukan bertindak itu juga berfungsi menyiasat budaya buli yang didakwa berlaku.

Mengulas lanjut Norlela, nama lima doktor yang diserahkan kepada KKM tersebut didakwa sebagai mereka yang paling toksik.

“Saya serahkan nama doktor tersebut setelah membaca bahawa Exco Kesihatan Negeri Sembilan turut melakukan perkara ini dengan menyerahkan dua nama kepada Menteri Kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI