fbpx

Pejabat pos paling sunyi di dunia kini popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat pos ini telah mengirimkan kira-kira 20,000 surat dan poskad sepanjang bulan Disember tahun lepas. - Oddity Central

ULAANBAATAR, Mongolia – Sebuah pejabat pos mini di Gurun Tengger, Mongolia menjadi popular apabila masyarakat menjadikannya sebagai alamat untuk mengutus surat dari ‘lokasi paling sunyi di dunia’ semasa pandemik Covid-19 melanda.

Menurut laporan laman Oddity Central, pejabat pos yang berukuran 15 meter persegi itu sudah 35 tahun ditinggalkan kerana kedudukannya yang terpencil dan jauh dari jalan utama.

Namun atas usaha keras oleh sukarelawan bernama Zhang, pejabat pos di wilayah autonomi China itu akhirnya kembali ‘bernyawa’.

Zhang yang berasakan amat rugi sekiranya pejabat pos unik itu tidak dipulihara, mendapat idea untuk menjadi penulis upahan bagi mereka yang mahu mengutus surat atau poskad dari gurun itu biarpun tidak pernah sampai ke kawasan tersebut.

Disebabkan penduduk dunia terputus hubungan akibat sekatan ketika pandemik Covid-19, usaha Zhang mendapat sambutan luar biasa apabila dia menerima lebih 20,000 permintaan bagi mengutus surat dari pejabat pos tersebut pada Disember 2021.

Sentimen lokasi paling sunyi dan terpencil dunia telah berjaya membuatkan penduduk dunia mengaitkan pejabat pos itu dengan situasi yang dirasakan semasa pandemik kerana terpisah dengan orang tersayang.

Zhang telah membaik pulih pejabat pos tersebut sebelum memohon lesen daripada pemerintah China untuk mendaftarkan pejabat pos itu sebagai salah satu pusat surat-menyurat aktif.

Kesungguhan Zhang akhirnya berbalas apabila pejabat pos Gurun Tengger diiktiraf sebagai salah satu daripada 700 pusat mel yang aktif di China dan masih menerima permintaan daripada seluruh dunia untuk aktiviti kiriman poskad serta surat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI