fbpx

PPKM di Indonesia kekal hingga wabak boleh dikawal 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi akan meneruskan PPKM sehingga pemerintah yakin penularan Covid-19 mampu dikawal 100 peratus. - ANTARA

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyatakan bahawa pemerintah akan meneruskan dasar pelaksanaan sekatan aktiviti kemasyarakatan (PPKM) di seluruh negara, lapor laman berita Kompas, semalam.

Menurut beliau, PPKM akan diteruskan sehingga pemerintah sudah yakin 100 peratus dapat mengawal penularan wabak Covid-19.

“Ramai yang bertanya kepada saya, adakah PPKM ini sudah tamat atau masih dilaksanakan. Jawapannya adalah PPKM masih lagi kekal, cuma berbeza tahap mengikut daerah.

“Kerajaan akan terus melaksanakan PPKM sehingga kami percaya dan yakin bahawa wabak Covid-19 ini boleh dikawal 100 peratus,” tegas Jokowi.

Menurut Jokowi, catatan kes positif pada Ahad lalu adalah sebanyak 227, yang disifatkan sangat rendah setelah sekian lama Indonesia bergelut dengan puluhan ribu kes sehari.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak supaya sentiasa berwaspada dengan kes aktif Covid-19 yang masih tinggi iaitu sebanyak 6,912. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI