fbpx

Juara dunia ‘kejar’ kilauan pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEAN YEW menggegarkan arena badminton dunia pada tahun lalu menerusi kejayaannya menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol. – AFP

BANGKOK – Jaguh badminton sensasi Singapura, Loh Kean Yew mahu menamatkan penantian untuk bergelar juara Sukan SEA selepas gagal melakukannya dalam tiga edisi terdahulu.

Pencapaian terbaik pemain perseorangan lelaki No.10 dunia itu pada temasya berprestij Asia Tenggara tersebut adalah pingat perak selepas tewas kepada Lee Zii Jia dari Malaysia pada final edisi Manila 2019.

Juara Kejohanan Badminton Dunia 2021 itu merasakan edisi kali ini adalah peluang terbaik­nya untuk merasai pingat emas memandangkan Zii Jia tidak mengambil bahagian.

“Saya membuat debut Sukan SEA di Singapura (pada 2015) tetapi masih gagal memenangi pingat emas. Harapnya kali ini saya dapat melakukannya,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

Bagaimanapun, Kean Yew enggan terlalu memikirkan me­ngenai Sukan SEA Vietnam 2021 kerana mahu memberikan fokus buat Singapura menghadapi Piala Thomas yang sedang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Biarpun berjaya menewaskan Anthony Ginting 21-13, 21-14, namun pemain yang dilahirkan di Pulau Pinang itu gagal membantu Singapura yang akhirnya tewas dengan keputusan 1-4 kepada Indonesia pada 8 Mei lalu.

Ia tidak mematahkan sema­ngat Kean Yew yang berjaya menewaskan Heo Kwang-hee 21-14, 21-12 tetapi malangnya Singapura tetap juga tewas 1-4 kepada Korea Selatan dalam aksi kedua Kumpulan A kelmarin.

Biarpun masih berbaki satu aksi menentang Thailand tetapi Kean Yew dilihat sudah boleh mengalihkan fokusnya kepada acara badminton individu Sukan SEA Vietnam 2021 di Gimnasium Bac Giang yang akan bermula 16 Mei ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI