fbpx

69,000 asnaf fakir dan miskin dibantu di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI LZS sedang menyantuni asnaf di beberapa kawasan di Selangor.

SHAH ALAM – Pendapatan rendah yang tidak mencapai had kifayah dengan kos sara hidup tinggi antara kekangan utama ramai asnaf tidak mampu berdikari ­keluar daripada golongan tersebut.

Had kifayah merupakan kaedah bagi mengetahui kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan oleh LZS bagi menentukan kos sara hidup semasa sesebuah isi rumah.

Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Dr. Adibah Abdul Wahab mendedahkan, ramai asnaf ingin membangunkan diri mereka bagi meningkatkan ekonomi masing-masing.

Katanya, pendapatan diperolehi masih belum mencukupi bagi melepasi had kifayah atau kos sara hidup bulanan mereka.

“Contohnya pengawal ke­selamatan dengan 12 jam be­kerja dengan gaji RM1,800 dan menanggung lima anak pastinya sukar.

“Begitu juga contohnya kepada suatu isi rumah yang berpendapatan RM4,000 tetapi perlu menanggung keluarga besar 10 orang, maka keluarga ini boleh dikategorikan sebagai miskin,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Kata beliau, berdasarkan rekod LZS tahun lalu terdapat kira-kira 69,000 keluarga asnaf fakir dan miskin di negeri Se­langor.

Adibah menambah, lebih separuh daripada jumlah ituadalah sihat, berusia bawah 55 tahun dan ada potensi membina kehidupan lebih baik.

Justeru katanya, LZS gigih membantu para asnaf yang ber­ada dalam kategori produktif ini agar dapat meningkatkan pendapatan keluarga serta mampu berdikari.

“LZS ada terima 10,000 pe­nyertaan program pembangunan asnaf termasuk kursus induksi, pembangunan keusahawanan dan motivasi, itu bermakna mereka mahu berubah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI