fbpx

Hilang pendapatan selepas terlibat nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OTHMAN (kanan) menerima kunjungan daripada Abdul Rashid di rumahnya di Taman Johor Jaya, Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki hilang kudrat untuk mencari rezeki selepas mengalami kece­deraan patah dan retak di pinggul selepas terlibat kemalangan jalan raya empat tahun lalu.

Othman Mail, 64, yang berjalan dengan bantuan tongkat kini bergantung harap dengan anak-anaknya untuk meneruskan kehidupan.

“Sejak terbabit kemalangan pada 2018, saya tidak mempu­nyai pendapatan sendiri. Saya pernah memohon Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan diminta untuk membuat permohonan semula.

“Disebabkan sukar berjalan, bagaimana untuk membuat permohonan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Keembong, Taman Johor Jaya, di sini baru-baru ini.

Othman memberitahu, sebelum ini, dia bekerja sebagai pekerja penyelenggara bangunan di sebuah kilang di Bakar Batu di sini.

Bercerita lanjut, bapa kepada kepada empat anak itu berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut pilu apabila isterinya, Soyah Mahad, 70, meninggal dunia pada bulan lalu.

“Saya amat berharap permohonan untuk mendapatkan bantuan ini diluluskan kerana tidak mahu terlalu bergantung dengan anak-anak kerana mereka juga mempunyai komitmen masing-masing. Wang simpanan juga sudah kehabisan,” ujarnya.

Sementara itu, Penyelia Ste­sen Minyak BHPetrol Taman Johor Jaya, Abdul Rashid Hamzah berkata, Othman merupakan antara 22 asnaf yang menerima sumbangan daripada pihaknya sempena Aidilfitri tahun ini.

“Program sumbangan ini dilaksanakan sejak 2017 dengan niat untuk berkongsi rezeki ke­rana dengan mereka yang kurang bernasib baik,” ujarnya.

Setiap asnaf menerima bara­ngan keperluan asas dan kelengkapan raya bernilai RM200. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI