fbpx

Jiran selamba sidai pakaian basah dalam laman rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita tertekan kerana jirannya sering menggunakan kawasan lamannya untuk menyidai baju basah tanpa kebenaran. - Getty Images

LONDON – Seorang wanita yang berang memuat naik perkongsian mengenai perbuatan jirannya yang didakwa ‘menceroboh’ kawasan laman rumahnya tanpa kebenaran, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Luahan perasaan di Mumsnet itu menyatakan bahawa jiran wanita itu bertindak menyidai pakaian basah di kawasan laman rumahnya meskipun selepas memasang pagar di kawasan berkenaan.

Selain itu, anak-anak jirannya juga sering masuk bermain di kawasan laman rumah wanita itu dan tidak dimarahi oleh ibu bapa mereka.

“Pada mulanya, laman kami terbuka namun masing-masing tahu had kawasan sendiri. Lama-kelamaan, jiran saya semakin melampaui batas dengan menyidai baju basah hingga melepasi ke laman kami.

“Saya akhirnya membina pagar untuk mengasingkan kedua-dua belah laman. Namun jiran saya masih keterlaluan apabila sanggup membuat lubang antara pagar dan memasukkan batang ampaian untuk terus menyidai pakaiannya,” kata wanita itu.

Tambah wanita itu, dia berasa sangat tertekan dengan situasi itu tambahan dengan sikap jirannya yang tidak tahu malu dan tidak mengendahkan amarannnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mencadangkan wanita itu menyelesaikannya dengan mengambil tindakan undang-undang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI