LONDON – Sejenis cendawan yang ditemui di kawasan hutan Colwyn Bay, North Wales menjadi tular di media sosial kerana mempunyai bentuk seperti ‘tangan orang mati’, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Tumbuhan itu ditemui oleh Mike Roberts yang pada mulanya menyangka dia terjumpa rangka mayat di tengah-tengah hutan.
Rupa-rupanya, tumbuhan yang ditemui itu adalah spesies unik dikenali sebagai cendawan Xylaria Polymorpha yang juga digelar sebagai jari orang mati.
Disebabkan hujungnya yang berwarna putih, cendawan itu memberi gambaran menyeramkan seperti hujung jari zombi yang terkeluar dari kubur.
Roberts yang meminati kulat, mendakwa ia adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup kerana berjaya menemui cendawan tersebut.
Selepas berkongsi gambar cendawan menyeramkan itu di Facebook minggu lepas,ia menjadi tular dan mendapat lebih 70,000 reaksi. – Agensi