fbpx

Sarawak United idam aksi Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELAVARASAN menjadi anak tempatan yang dipilih oleh Pan-gon sebagai pembantu jurulatih skuad Harimau Malaya.

PENGENDALI Sarawak United, E. Elavarasan mahu memenangi baki tiga perlawanan Liga Premier bagi mencerahkan peluang ke saingan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Kelantan United 2-1 di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.

Kemenangan aksi kelapan Liga Premier menerusi dua gol daripada Mohd. Amri Yahyah dan Patrick Ronaldinho Wleh itu menyaksikan Sarawak United kini menduduki tangga kesembilan dengan lapan mata.

“Kami perlu menang baki perlawanan tetapi ia bukan sesuatu yang mudah kerana semua pasukan juga mahu memungut mata untuk cuba layak ke Piala Malaysia.

“Sekarang fokus kami untuk perlawanan seterusnya menentang Kelantan dengan mencari jalan meraih kemenangan di sana (Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat ini),” kata Elavarasan sebaik tamat perlawanan.

Dalam perkembangan sama, pengendali berusia 55 tahun itu memuji kesungguhan barisan pemainnya mempertahankan dua gol pada babak pertama untuk meraih tiga mata ke atas Kelantan United semalam.

“Kami sedar pihak lawan akan memberikan tekanan demi tekanan untuk mencari jaringan penyamaan selepas mereka mendapatkan gol pertama menerusi sepakan penalti.

“Kami berjaya melakukan pertahanan dengan baik untuk memastikan tiga mata kekal menjadi milik Sarawak United malam ini (kelmarin),” jelasnya.

Dua gol Sarawak United diperoleh menerusi Amri dan Ro­naldinho pada babak pertama, manakala Alfusainey Gassama menghadiahkan jaringan buat Kelantan United melalui sepakan penalti pada minit ke-79.

Kemenangan tersebut berjaya melonjakkan Sarawak United di tangga kesembilan dengan me­ngumpul lapan mata, manakala Kelantan di tangga keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI