Los Angeles – Penyanyi Britney Spears mencetuskan kebimbangan ramai selepas memuat naik beberapa gambar bogel miliknya dalam Instagram.
Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik, penyanyi berumur 41 tahun itu hanya menutup bahagian sulitnya menggunakan emoticons (emoji).
Melihat pada keterangan pada gambar, Spears berkata, gambar berkenaan telah diambil dan disimpan dalam telefon bimbitnya sebelum mendapat tahu dirinya hamil.
“Gambar-gambar tempoh hari ketika di Mexico sebelum ada bayi dalam perut saya.
“Kenapa pula saya kelihatan 10 tahun lebih muda sewaktu bercuti? Saya sayang anda semua,” tulisnya ringkas.
Hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi dan komen selain rata-rata pengikut menyifatkan kesihatan mental Spears semakin merudum.
“Wanita ini sakit, dia perlukan bantuan segera,” tulis peminat.
Pada masa sama, ada juga turut mengaitkan tindakan pelantun lagu hit Oops!…I Did It Again itu berpunca daripada kes pemilikan harta serta kehidupannya yang dikawal ketat bapanya sebelum ini.
Tidak setakat itu, peminat turut menyalahkan tunangnya, Sam Asghari yang disifatkan tidak menjaga dan mengawal Spears sebaiknya.
Terdahulu, Spears mengumumkan dia hamil hasil hubungan bersama Asghari. – KOSMO! ONLINE