fbpx

Lelaki ditahan halang penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman pemandu lelaki yang menghalang tugas penjawat awam pada Jumaat lalu di Lebuh Raya Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan seorang lelaki akibat menghalang tugas penjawat awam selain memandu secara berbahaya dalam kejadian di Lebuh Raya Sultan Iskandar, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 1.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku semasa tugas mengiringi orang kenamaan melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk Jalan Sultan Abdul Halim kira-kira pukul 11.30 malam.

“Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, suspek telah direman selama empat hari bermula semalam hingga Rabu ini.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

“Polis memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI