fbpx

Lelaki terbaring tepi jalan disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kejadian samun yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dilihat terbaring tidak sedarkan di tepi jalan dipercayai akibat disamun dan dipukul dua individu dalam kejadian di Taman Tenaga, Cheras di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular di media sosial memaparkan insiden itu pada pukul 5 petang tadi.

“Kita telah menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada isteri mangsa yang mana lelaki berusia 47 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah dipukul dan disamun dua lelaki warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa belum dapat ditemu bual kerana tidak dibenarkan doktor susulan keputusan ujian Covid-19 masih belum selesai.

Jelasnya, isteri mangsa turut melaporkan bahawa dompet milik mangsa didapati telah hilang semasa kejadian.

Susulan itu, siasatan terperinci sedang dijalankan pihak polis di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI