fbpx

Sazzlan mahu bantu Taqiuddin lengkap hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAZZLAN tidak sabar untuk memulakan saingan bersama rakan senegara, Taqiyuddin pada Sukan SEA Vietnam 2021.

PESILAT negara, Sazzlan Yuga percaya keserasian bersama rakan senegaranya, Taqiyuddin Hamid mampu mengekalkan kilauan pingat emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 walaupun tiada sebarang kejohanan besar mereka sertai.

Sazzlan sebelum ini melakukan kejutan apabila meraih pingat emas bersama Taqiyuddin dalam acara silat ganda putra sewaktu edisi Manila 2019 di Filipina.

Menurutnya, tahun 2022 adalah misi penting baginya untuk merealisasikan hasrat Taqiyuddin melengkapkan emas hatrik selepas mula memenanginya pada edisi Kuala Lumpur 2017.

“Pastinya saya tidak sabar untuk memulakan saingan di Hanoi nanti. Meskipun saingan agak mencabar tetapi saya ya­kin ia bukan misi mustahil bagi kami berdua untuk mempertahankan pingat emas.

“Persiapan telah dibuat dan kini kami hanya mahu membiasakan diri dengan keadaan di gelanggang sebelum memulakan saingan.

“Pelbagai teknik akan kami bawa ke bumi Vietnam dan saya harap ia sedikit sebanyak dapat memberi markah bonus untuk menjulang kemenangan nanti.

“Saya harap tahun ini emas menjadi milik kami sekali lagi, sekali gus dapat membantu rakan sepasukan saya untuk meraih kemenangan hatrik dalam kariernya,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Taqiyuddin sebelum ini pernah bergandingan dengan Rosli Mohd. Sharif yang sudah bersamanya sejak 2015 ketika menjuarai edisi Kuala Lumpur 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI