fbpx

Filipina hantar juara dunia gimnastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YULO menjadi sandaran utama skuad gimnastik artistik Filipina untuk meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 kali ini. – AFP

MANILA – Filipina mempertaruhkan juara dunia, Carlos Yulo untuk mendominasi acara gimnastik artistik pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Pusat Sukan Quan Ngua, Hanoi dari 13 hingga 22 Mei ini.

Gimnas berusia 22 tahun itu pernah menjuarai acara melombol pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2021 selain meraih tempat keempat dalam kategori sama sewaktu Sukan ­Olimpik Tokyo 2020.

Jurulatihnya, Munehiro Kugimiya sudah merangka prog­ram bagi memastikan Yulo mengungguli semua kejohanan disertai tahun ini jika mahu memenangi pingat pada Sukan ­Olimpik Paris 2024.

Justeru, Sukan SEA kali ini merupakan peluang terbaik untuk menilai keberkesanan latihannya dengan menebus kekecewaan sekadar memenangi dua pingat emas dan lima perak sewaktu edisi Manila 2019.

“Saya perlu pastikan dia memenangi emas dalam semua kejohanan. Jadi saya menyediakan suasana dan fasiliti terbaik untuk dia mencapai sasaran utama di Paris nanti,” kata Kugimiya.

Selain itu, Filipina juga meletakkan harapan kepada gimnas wanita, Aleah Finnegan yang pernah berada dalam skuad gimnastik Amerika Syarikat ketika menjuarai Sukan Pan Amerika 2019.

Filipina tentunya mengharapkan kehadiran Finnegan mampu menjadi kuasa baharu sukan gimnastik artistik wanita di rantau Asia Tenggara.

Jika berjaya, Filipina akan memecahkan dominasi Malaysia yang memenangi empat daripada lima emas ditawarkan pada edisi Manila 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI