fbpx

Mahkamah tolak permohonan Ahmad Zahid dapatkan kenyataan saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan rakaman kenyataan 15 saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menyatakan mahkamah perlu mengambil kira polisi dan kepentingan awam dalam membuat keputusan.

“Sebarang pendedahan yang dibuat oleh saksi dalam keterangan mereka akan memprejudiskan dan menimbulkan rasa curiga di kalangan orang awam kerana keterangan tersebut dibuat dalam keadaan sulit.

“Mendedahkan keterangan sulit itu akan menyebabkan bakal-bakal saksi keberatan untuk memberi keterangan dan boleh mengganggu siasatan pada masa hadapan,” kata hakim itu.

Selain itu, hakim itu berpendapat walaupun pada peringkat bela diri, saksi-saksi yang dipanggil adalah untuk menyokong tertuduh namun masih terdapat kemungkinan saksi boleh diganggu gugat.

Terdahulu pada 18 Februari lalu, pihak pembelaan yang mewakili Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk mendapatkan penyataan-penyataan saksi tersebut.

Antara penyataan saksi yang dimohon ialah rakaman kenyataan saksi Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi, yang juga saudara kandung Ahmad Zahid, kerana mempunyai kaitan dengan pertuduhan ke-11 dan tanpa dokumen itu, pembelaan dalam dilema sama ada akan memanggilnya sebagai saksi atau tidak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI