TAK dinafikan, muncul ramai ‘shippers’ (golongan yang gemar menyatukan artis K-pop sebagai pasangan kekasih) yang selalu berharap atau mahu melihat artis kegemaran mereka bercinta.
Hal yang sama berlaku terhadap penyanyi kumpulan NCT iaitu Doyoung apabila dia didakwa bercinta dengan aktres Kwon Ah-reum hanya kerana kapsyen ditulis wanita itu dalam Instagramnya.
Menerusi satu perkongsian dalam komuniti online popular Korea, seorang netizen membangkitkan dakwaan tersebut berserta sebab mengapa dia berasakan kedua-dua artis itu memang sedang bercinta.
Katanya, kapsyen ditulis Ah-reum pada satu hantaran Instagramnya berbunyi ‘Tto-ing (Ddo-ing)’ mencetuskan spekulasi hubungan cinta aktres itu bersama Doyoung.
Hal ini kerana ujar netizen itu, kapsyen ditulis Ah-reum merupakan nama timangan Doyoung yang turut diketahui oleh peminat-peminatnya.
Pun begitu, hantaran netizen berkenaan mengundang pelbagai reaksi peminat yang sesetengahnya berasa tidak selesa selain beranggapan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.
“Saya rasa ini semua tidak masuk akal. Jadi saya tak boleh nak cakap apa,” kata seorang netizen.