fbpx

Anggota trafik iring orang awam ditukar ke bahagian pentadbiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan dua polis trafik mengiringi sebuah kenderaan didakwa dipandu orang awam.

GEORGE TOWN – Dua anggota polis trafik yang didakwa mengiringi anak seorang ahli Parlimen di Jalan Bukit Gambir, di sini baru-baru ini ditukarkan ke bahagian pentadbiran sehingga siasatan tatatertib selesai.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan dalaman mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi daripada mana-mana pegawai kanan Ibu Pejabat Daerah atau Kontinjen Pulau Pinang berhubung tugasan tersebut.

”Kertas siasatan tatatertib telah dibuka dan siasatan terperinci dijalankan bagi memberikan keadilan.

”Sementara menunggu siasatan selesai, kedua-dua anggota trafik tersebut telah dilucut sementara daripada menjalankan penugasan hakiki dan ditempatkan di bahagian pentadbiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Semalam, menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu anak seorang ahli Parlimen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI