fbpx

Sibuk beraya sampai lupa tanya kenapa masih bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna selepas dua tahun tidak dapat meraikannya. - Gambar hiasan
MOHD. YUNUS YAKKUB,
WAKIL KOSMO! SELANGOR

 

Dua tahun hilang nikmat beraya disebabkan Covid-19 bukan satu jangka masa yang pendek. Pelbagai ujian ditempuh sehingga ada yang kehilangan orang tersayang akibat virus berbahaya itu.

Kesabaran kita berbaloi apabila pelbagai kelonggaran diberikan termasuk pulang beraya di kampung.

Benarlah kata Rasulullah, “Dan ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu beriringan dengan kesabaran. Jalan keluar beriringan dengan ke­sukaran. Dan sesudah kesulitan pasti akan datang kemudahan.” – Hadis Riwayat Tirmidzi.

Raya kali ini juga memberikan pelbagai kejutan apabila disambut sehari daripada jangkaan. Di­sebabkan rindu untuk bersemuka dan meluangkan masa, soalan cepumas kahwin sudah dilupakan.

Pengumuman tol percuma turut menambah keceriaan Syawal. Yang menarik perhatian penulis adalah iklan raya dalam menyingkap kembali ikatan kasih perantau dan ahli keluarga mereka.

Antaranya iklan raya Tenaga Nasional Berhad dengan tajuk ‘Raya Macam Cara’ yang memaparkan ibu bapa menanti anak, menantu dan cucu. Turut dipaparkan keunikan makanan dan pakaian.

Bagi Pakar psikologi, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, situasi tersebut secara langsung dapat memulihkan emosi penduduk di negara ini selepas dibelenggu perasaan bimbang, menyendiri dan susah hati berjauhan dengan ibu bapa di kampung.

Menurut beliau, ini berbeza dengan penggunaan teknologi sama ada panggilan telefon dan video yang digunakan ketika beraya pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Perasaan rindu, bimbang dan kecewa adalah sebahagian daripada elemen-elemen yang boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.

“jika dilihat sekarang ini de­ngan trafik di jalan raya me­nunjukkan bahawa mereka memang menunggu saat-saat untuk balik berjumpa keluarga dan kawan-kawan di kampung. Ini merupakan satu indikator atau petunjuk yang boleh dikatakan masyarakat kita telah kembali kepada kehidupan normal.

“Walaupun begitu, kita perlu juga berwaspada tentang virus Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar lebih merebut peluang keemasan ini untuk lebih berkomunikasi berbanding bermain telefon bimbit sewaktu bersama keluarga dan rakan taulan.

“Telefon bimbit sudah menjadi sebahagian daripada keperluan dan bukannya kemewahan. Kalau balik kampung adalah lebih baik bercakap secara bersemuka kerana peluang berjumpa fizikal adalah lebih baik.

“Ini kerana, tidak tahu pada masa depan adakah perkara sama (sekatan) akan berulang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut berharap sifat empati segelintir masyarakat yang kerap bertanya soalan cepumas seperti perkahwinan tidak berlaku kerana nasib setiap individu tidak sama memandangkan ada yang jodohnya cepat dan sebaliknya.

“Namun, hakikatnya kalau boleh menerima soalan sebegitu, pada saya memberikan jawapan juga adalah bentuk bonus. Antara jawapan boleh diberikan ada masih belum menemuinya kerana jodoh dan maut di tangan Tuhan. Usaha ada tetapi hendak buat macam mana.

“Pada saya, ketahanan mental perlu kuat sesuai dengan jati diri masing-masing kerana mereka mungkin mempunyai alasan tersendiri belum mendirian rumah tangga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI