IPOH – Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan asas kepada permuafakatan antara dua parti politik perlulah saling sokong-menyokong antara satu sama lain.
Menurut Saarani, kerjasama antara dua parti politik juga perlu saling menguatkan antara satu sama lain dalam memastikan permuafakatan berkenaan dapat dijayakan.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku perebutan kerusi sehingga melemahkan antara satu sama lain, ia patut dilupakan.
“Seperti biasa selalu saya berpegang muafakat ini mestilah saling sokong menyokong antara satu sama lain dan bukan saling merebut kerusi dan kemudian melemahkan antara satu sama lain.
“Kalau itu boleh buat ya. Tapi kalau tidak boleh buat, contohnya tentang berebut kerusi kawasan dan pertelingkahan itu akan menyebabkan kedua-duanya menjadi lemah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan. – KOSMO! ONLINE.