fbpx

Jangan letak mainan atas kubur kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Ustaz Azmi mengenai tindakan sesetengah individu yang gemar meletakkan mainan atas kubur kanak-kanak.

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah individu meletakkan mainan di atas kubur kanak-kanak dengan menganggap ia hanya sebagai perhiasan telah mengundang persoalan orang ramai.

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Azmi telah menegur perbuatan tersebut dan meminta agar mana-mana individu yang melakukannya untuk segera berhenti.

“Saya amat terkejut apabila melihat kawasan perkuburan kanak-kanak Islam, ada yang meletakkan mainan, kereta-kereta, anak patung di atas dan sisi perkuburan-perkuburan demikian.

“Kita memang sayangkan anak kita, apa lagi sekiranya telah meninggal dunia dan mereka masih bayi atau belum baligh, namun kita tidak boleh mengikuti cara pemikiran dan gaya hidup orang-orang bukan Islam,” katanya menerusi satu klip video di media sosial.

Jelas beliau, antara tindakan yang boleh dilakukan sebagai tanda kita sedang merindui arwah tersebut adalah dengan mengirimkan doa yang baik-baik.

“Apa yang patut kita lakukan adalah berdoa agar kita ditemukan dengan mereka di syurga kelak dan bukan dengan meletakkan mainan-mainan tersebut di kubur mereka.

“Kita yakin, berdasarkan apa yang disebut dalam hadis dan para ulama, sekiranya ada di antara bayi atau kanak-kanak belum baligh yang meninggal dunia, nescaya tempat mereka adalah di syurga,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI