fbpx

Jenazah remaja OKU insiden kebakaran apartmen selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Nur Iqmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas di sini kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

GEORGE TOWN – Jenazah remaja orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, Muhammad Nur Iqmal Mohd. Shakrisham, 18, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas di sini malam tadi.

Bapa saudaranya, Mohd. Hasrulnizam Hamid, 41, berkata, urusan pengebumian jenazah Nur Iqmal selesai kira-kira pukul 9.30 malam sejurus tiba dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, seramai kira-kira 20 ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan hadir pada pengebumian tersebut.

“Bapa arwah (Mohd. Shakrisham Mohamad) kini masih bersedih dan menangis apabila mengenang pemergian arwah anak sulungnya itu.

“Anak perempuan bongsunya pula kini berada dengan saya dan isteri. Dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz ringkas memberitahu, Mohd. Shakrisham kini menetap sementara di sebuah inap desa miliknya di Teluk Kumbar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI