fbpx

Janna Nick persetan netizen, terus bangunkan pusat tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick enggan ambil pusing mengenai tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan halal haram sumber pendapatan yang diperolehinya dalam membina sebuah pusat tahfiz.

Janna ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia sudah dapat mengagak perkara tersebut (pertikaian) bakal berlaku dan menjadi perbalahan dalam kalangan netizen, namun malas mahu difikirkan secara serius.

“Biasalah netizen. Benda baik dan murni pun jadi perbalahan mereka. Apatah lagi kalau benda tu perkara yang tak baik, lagilah jadi sasaran mereka.

“Macam saya, pendirian saya satu sahaja. Cukuplah pusat tahfiz tersebut dapat dibangunkan dan siap seperti mana dirancang.

“Bab mulut orang yang persoal dari mana sumber pendapatan saya perolehi dan sebagainya itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Tambah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, kadang kala dia sendiri tidak faham apa yang netizen mahu daripadanya kerana terus menerus menjadi sasaran mereka walau dalam apa perkara sekali pun.

Terdahulu, bekas pengacara Melodi itu memuat naik hantaran berbunyi persoalan balas sekali gus meleraikan persoalan netizen mengenai sumber pendapatan diperolehinya bagi membina pusat tahfiz tersebut.

“Selama ni hasil kerja saya dari duit yang haram ke?,” soalnya.

Hantaran tersebut menuai pelbagai reaksi pengikut termasuk rakan selebriti yang rata-ratanya menyebelahi Janna dan memintanya untuk mempersetankan apa sahaja telahan negatif netizen.

Sebelum ini, pelantun lagu Gatal itu menerusi Instagram berkongsi rancangan murninya untuk membina sebuah pusat tahfiz yang terletak di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu dipilih kerana lokasi tersebut merupakan tempat dia dibesarkan dan terlalu banyak kenangan di kampung tersebut.

Menurut Janna lagi, tempoh dua tahun diperlukan bagi menyiapkan keseluruhan pusat tahfiz tersebut sebaik sahaja kerja pembinaan dimulakan kelak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI