fbpx

Lebuh raya, dua rumah di Ulu Pauh dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian banjir kilat di Lebuh Raya Kuala Perlis - Changlun malam semalam.

ARAU – Sebahagian Lebuh Raya Kuala Perlis – Changlun (Ulu Pauh) dan dua buah rumah di Kampung Tengah, Ulu Pauh di sini dilanda banjir kilat pada malam semalam.

Kejadian mengakibatkan berlaku kesesakan di lebuh raya dengan ada kenderaan yang terpaksa berpatah balik.

Selain itu, dua buah keluarga yang terjejas dipindahkan ke Masjid Ulu Pauh dan mereka bagaimanapun telah pulang ke rumah masing-masing pada pukul 9.30 pagi ini.

Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pauh, Rozieana Ahmad berkata, hujan lebat menyebabkan air melimpah di saliran air dekat Masjid Ulu Pauh.

Katanya, kejadian air melimpah sering berlaku di kawasan tersebut setiap kali hujan lebat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI