fbpx

CFA dijangka buka potensi pelaburan sehingga RM15 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen CFA di Hotel Zenith Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Pemeteraian Perjanjian Kontrak Berpusat Pengkomputeran Awan (CFA) antara kerajaan dengan masing-masing empat syarikat panel penyedia perkhidmatan awan (CSP) dan pembekal perkhidmatan profesional (MSP) dijangka membuka potensi pelaburan dalam negara bernilai RM12 bilion hingga RM15 bilion menjelang 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemeteraian CFA itu adalah bermatlamat untuk memperkasa MyGovCloud khususnya dalam penyediaan perkhidmatan Public Cloud.

Beliau memberitahu, CFA itu dimeterai antara kerajaan dengan CSP berserta MSP iaitu syarikat penyedia perkhidmatan Cloud Bumiputera tempatan lantikan CSP berkenaan.

“Kontrak CFA bersama-sama kerajaan, CSP dan MSP melibatkan empat syarikat CSP iaitu Amazon Web Services Malaysia Sdn. Bhd., Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad.

“Empat syarikat MSP terdiri daripada Cloud Connect Sdn. Bhd., Enfrasys Solutions Sdn. Bhd., Radmik Solutions Sdn. Bhd. dan Awantec System Sdn. Bhd.,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir bagi menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen CFA antara kerajaan dengan CSP dan MSP tersebut di Hotel Zenith Putrajaya di sini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, penglibatan CSP dan MSP itu dijangka membuka potensi pelaburan dalam negara bernilai RM12 bilion hingga RM15 bilion menjelang 2025.

Katanya, pelaburan itu akan menjadi ‘tulang belakang’ kepada pembentukan sebuah ekosistem digital yang mampan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari, sekali gus bakal menjadikan Malaysia sebagai hab digital utama di rantau ASEAN.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) telah dinaikkan taraf kepada perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) khusus untuk kegunaan seluruh agensi Kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI