fbpx

Warga emas hilang dekat tempat penetasan penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan pantai Pasir Panjang, Segari.

LUMUT – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan pantai Pasir Panjang berhampiran Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari dekat sini sejak malam kelmarin.

Mangsa berusia 63 tahun yang berasal dari Ipoh dilaporkan hilang oleh anak-anaknya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian disedari selepas mereka menemui kereta Mercedes Benz E280 mangsa di bawah pokok berhadapan pusat penetasan penyu tersebut.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan yang dilakukan tidak menemui bapa mereka sebelum membuat laporan di Balai Polis Segari pada pukul 10.15 malam.

“Susulan itu polis melancarkan operasi mencari di pesisiran pantai Pasir Panjang untuk mengesan mangsa pada pukul 11.15 malam hari sama.

“Tiga telefon bimbit milik mangsa serta beg mengandungi dokumen pengenalan diri juga ditemui dalam kereta tersebut. Bagaimana pun, mangsa gagal dijumpai,” ujarnya di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI