fbpx

10 hari rayuan akhir Najib bermula Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

PUTRAJAYA – Pendengaran rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Persekutuan akan berlangsung selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan melalui notis yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Hafizullaah Omar bertarikh 29 April lalu, yang dihantar kepada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua belah pihak iaitu pendakwaan dan pembelaan untuk mengemukakan hujahan bertulis mereka selewat-lewatnya pada 31 Julai ini.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Pada 8 Disember tahun lalu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.

Keputusan sebulat suara itu (unanimous) dibuat selepas mendapati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI