fbpx

Penggunaan dron JPJ berkesan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIF Yusabra Yusuf menunjukkan dron yang digunakan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2022. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Penggunaan dron oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2022 dilihat berkesan dari segi penguatkuasaan dan lebih mudah memantau kesalahan dilakukan pengguna jalan raya.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dron tersebut pertama kali digunakan secara meluas pada Ops Hari Raya Aidilfitri 2022 dengan menumpukan kawasan lebuh raya dan jalan-jalan utama di negeri ini.

“Sebanyak dua dron telah digunakan di kawasan lebuh raya yang tertumpu kepada kesalahan penggunaan lorong kecemasan manakala di jalan utama bagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat merah dan memotong barisan.

“Sepanjang operasi kali ini, dua orang pegawai JPJ telah ditempatkan bagi mengawal dron dengan 30 notis saman telah dikeluarkan (pemantauan dron) bagi kesalahan utama tersebut,” katanya pada sidang akhbar sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2022 di sini hari ini.

Jelas Hanif Yusabra, lokasi penggunaan dron adalah pelbagai dan kita dapati kesalahan menggunakan lorong kecemasan untuk sampai cepat ke destinasi sangat sedikit berbanding jumlah keseluruhan pengguna jalan raya yang banyak pada musim perayaan kali ini.

Mengulas lanjut, Hanif Yusara berkata, pihaknya juga bercadang untuk menambah lima lagi dron untuk tujuan penguatkuasaan dan memperluaskan penggunaannya dalam operasi lain JPJ selepas ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI