fbpx

Sane cemerlang aksi debut di Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANE berjaya meledak satu gol ketika membantu pasukan itu membelasah Schalke pada aksi Bundesliga awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Pemain sayap baharu Bayern Munich, Leroy Sane membuktikan pelaburan pasukan itu mendapatkan khid­matnya adalah tepat apabila beraksi cemerlang membe­lasah Schalke 8-0 pada aksi Bundesliga awal pagi semalam.

Sane yang membuat debut bersama Bayern selepas berhij­rah daripada Manchester City dua bulan lalu, berjaya mence­tak nama selaku penjaring gol pada minit ke-71 dalam aksi di Allianz Arena itu.

“Seronok rasanya dapat kembali bermain dalam perlawanan sebenar. Saya langsung tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan baharu di sini.

“Kami seperti ‘dahagakan’ jaringan kerana semua pemain memberikan prestasi terbaik dengan melakukan serangan dari awal hingga tamat permainan.

“Saya bersimpati dengan nasib Schalke kerana saya memulakan karier profesional bersama pasukan ini. Saya sedar ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima apabila kalah besar dalam perlawanan pertama musim ini,” katanya.

Bekas pemain sayap Ar­senal, Serge Gnabry lebih mencuri tumpuan apabila berjaya meledak hatrik bermula minit keempat, 47 dan 59 permainan.

Baki empat lagi gol skuad bimbingan Hansi Flick itu berjaya dijaringkan oleh Leon Goretzka pada minit ke-19, Robert Lewandowski (m-31), Thomas Muller (m-69) dan pemain berusia 17 tahun, Jamal Musiala (m-81). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI